PERBEZAAN KELAPA TUA TEMPATAN DAN KELAPA TUA IMPORT INDONESIA


Perbezaan antara kelapa tua import Indonesia & Kelapa Tua Tempatan



Kelapa Import Indonesia


Gambar di atas ni stock kelapa tua import Indonesia. kelapa tua Indonesia ni kualiti dia kurang sikit berbanding kelapa tua Malaysia sebab biasanya kelapa dah di kumpul lebih dari 3 - 4 minggu. kebiasaanya kelapa indon ni banyak kelapa yang di kait muda dan dikumpul dalam tempoh lama sebelum di masukkan ke dalam kapal dan di hantar ke Malaysia.


Gambar di atas ni tempat pemungahan kelapa indon di Johor. kelapa ni kebanyakan nya rosak 20% - 30%. siapa yang main kelapa Indonesia ni kalau buat santan ni kena la berhati2 sebab kebanyakan peniaga mengadu rugi menangung kelapa yang rosak dan tiada warranty bagi kelapa yang rosak tu. Pembelian dalam bentuk Ton / Tan. kalau tak silap Harga setan pun dekat RM1600 sekarang ni. Satu tan kelapa Indonesia ni bersamaan 850 - 900 biji je sebab biasanya kelapa ni basah so berat jadi satu tan tapi biji nya tak sampai pun seribu. Dalam seribu tu rosaknya dalam 20% - 30%. Dah berapa rugi di situ. kira lah sendiri ☺



Gambar di atas ni adlah contoh kelapa Import Indonesia. Kadang2 tu dapat jugak kelapa jenis muda ni. Kelapa muda ni isi nipis tak berapa sesuai untuk buat santan kerana perahan santan kurang dan santan tak berapa lemak. Biasanya kelapa indon ni selalu di kait sebelum cukup tua / matang sebab pekebun di sana nak pastikan kelapa ni tak cepat rosak sebab process pengumpulan dalam satu kapal tu kadang2 ambil masa sampai 3 - 4 minggu.


Kelapa Tempatan Malaysia



gambar di atas ni contoh kelapa tempatan Malaysia. Malaysia merupakan pengeluar kelapa yang terbaik di Asia Tenggara, kalau korang nak tau. Cuma di Malaysia ni bekalan semakin berkurangan sebab tu la kita terpaksa bergantung bekalan dari negara jiran.



walaupun kecil isi dia cukup tebal sesuai untuk buat santan. kelapa busuk pun kurang sebab biasanya kelapa ni tak lebih dari 2 minggu untuk process pengumpulan dan pengedaran.


ni contoh kelapa tempatan Malaysia. memang jauh berkualiti dari kelapa import ni. 


gambar di atas ni diambil nak tunjukan diameter size kelapa tempatan. besar dan isi tebal. Ini baru la padu kalau buat santan.


Isi kelapa tempatan Malaysia ni mesti 1 cm ke atas. walaupun size kecil. santan pun lemak berkrim. so korang bandingkan la sendiri beza antara kelapa tua import Indonesia & kelapa tua tempatan Malaysia.

Kami jugal penjual kelapa tua di KL/ Selangor.

hubungi kami 0126863609 / 0162155530

( Kualiti Keutamaan Kami )

Comments

Popular posts from this blog

PEMBEKAL PISANG ABU